Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye desak ketegangan antara Pakistan, India diredakan

    ISTANBUL, 29 APRIL – Presiden Turkiye kelmarin menggesa agar ketegangan antara Pakistan dan India segera diredakan, lapor Anadolu Ajansi.

    “Kami mahu ketegangan yang semakin memuncak antara Pakistan dan India diredakan secepat mungkin sebelum ia berkembang menjadi situasi yang lebih serius.

    “Turkiye sentiasa menegaskan bahawa kami tidak mahu konflik baharu tercetus di rantau ini mahupun di luar wilayah kami,” kata Recep Tayyip Erdogan selepas mesyuarat Kabinet di ibu negara, Ankara.

    Sementara itu, Erdogan turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Iran yang terkorban dalam insiden letupan di sebuah pelabuhan berhampiran Bandar Abbas. – Bernama/Anadolu

    Recep Tayyip Erdogan berucap dalam sebuah forum di Antalya, Turkiye pada 11 April. Beliau menggesa agar ketegangan antara Pakistan dan India segera diredakan. – Gambar fail Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda