Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye gantung 102 pemain bola sepak akibat skandal pertaruhan

    ANKARA, 14 NOV – Pihak berkuasa bola sepak Turkiye kelmarin mengenakan penggantungan sementara terhadap 102 pemain profesional sebagai sebahagian daripada siasatan yang semakin meluas berhubung kegiatan pertaruhan haram.

    Lembaga Disiplin Bola Sepak Profesional Persekutuan Bola Sepak Turkiye (TFF) menggantung 25 pemain dari Super Lig dan 77 pemain dari Liga Pertama (divisyen kedua), dengan tempoh hukuman antara 45 hari hingga 12 bulan. Siasatan meneliti dakwaan terhadap 1,024 pemain bola sepak dan 102 daripada mereka dikenakan tindakan.

    Antara kes paling mendapat perhatian ialah pemain pertahanan Galatasaray dan pemain skuad kebangsaan Turkiye, Eren Elmali, yang digantung selama 45 hari dan digugurkan daripada skuad kebangsaan.

    Awal minggu ini, Elmali mengaku di Instagram yang dia pernah membuat pertaruhan pada satu perlawanan bola sepak kira-kira lima tahun lalu, namun menegaskan ia tidak membabitkan pasukannya sendiri. Beliau menyertai Galatasaray awal tahun ini. – Bernama

    Presiden TFF, Ibrahim Haciosmanoglu bercakap semasa sidang media di Istanbul, Turkiye pada 27 Oktober. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda