Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Turkiye kejutkan Austria

    LEIPZIG, 3 JULAI – Merih Demiral mencipta sejarah Kejohanan Eropah dengan menjaringkan dua gol ketika Turkiye mengejutkan Austria 2-1 kelmarin untuk mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2008.

    Pemain pertahanan itu membuka tirai jaringan selepas 57 saat untuk gol terpantas dalam aksi kalah mati EURO 2024 di Leipzig. 

    Demiral kemudian menambah gol kedua pada minit ke-59 dengan bintang muda Ardar Guler melakukan bantuan gol bagi kedua-dua jaringan itu, menurut agensi berita Jerman (dpa).

    Pemain gantian Michael Gregoritsch berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-65 tetapi Austria gagal menembusi gawang lawan sehingga tamat masa perlawanan.

    Penjaga gol Turkiye, Mert Gunok, beraksi cemerlang apabila menggagalkan percubaan Christoph Baumgartner di saat akhir perlawanan.

    Didorong oleh sokongan padu peminat mereka, Turkiye berjaya mempertahankan kelebihan gol untuk meraih kemenangan bersejarah dan mara ke suku akhir menentang Belanda pada Sabtu di Berlin.

    Bagaimanapun, Turkiye akan beraksi tanpa Ismail Yuksek dan Orkun Kokcu kerana penggantungan, selepas Hakan Calhanoglu dan Samet Akaydin terlepas aksi pada Selasa atas sebab yang sama. – Bernama

    Demiral semasa menjaringkan gol pertama pasukannya pada perlawanan bola sepak di Stadium Leipzig di Leipzig pada 2 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...