Wednesday, January 29, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye luluskan penakaian anjing liar kontroversi

    ANKARA, 29 JULAI – Parlimen Turkiye hari ini telah meluluskan satu langkah untuk mematikan sebahagian daripada empat juta anjing liar di negara itu, satu langkah yang dikatakan oleh penentang boleh membawa kepada penakaian haiwan yang besar.

    Artikel kontroversi itu, sebahagian daripada draf undang-undang mengenai nasib haiwan berkenaan, mengatakan anjing-anjing yang sakit atau dianggap agresif mesti dimatikan.

    Rang undang-undang selebihnya sedang dibahaskan hari ini dan dijangka diterima pakai dalam beberapa hari akan datang.

    Kerajaan berkata klausa eutanasia diperlukan untuk mencegah serangan anjing dan penyebaran rabies.

    Ia mengatakan, anjing liar lain harus ditangkap secara besar-besaran, diletakkan di tempat perlindungan haiwan dan untuk diambil sebagai haiwan peliharaan.

    Pengkritik mengatakan bergantung pada tempat perlindungan haiwan dan pengambilan akhirnya tidak dapat dilaksanakan kerana bilangan yang terlibat. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda