Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye mula pindahkan warga dari Beirut

    BEIRUT, 10 OKT – Lebih 2,000 rakyat Turkiye dan beberapa warga asing mula menaiki kapal tentera laut Turkiye lewat kelmarin yang membawa bantuan dan akan membawa mereka keluar dari negara yang dilanda serangan udara Israel yang menyasarkan pejuang Hizbullah.

    Zehra Cibbin, seorang etnik Arab dari bandar Mardin di tenggara Turkiye yang tinggal di Beirut bersama suaminya warga Lubnan, turun dari sebuah bas yang penuh sesak yang dipenuhi penduduk lain, membawa dua anaknya serta bagasi di tangan.

    “Ia tidak dapat digambarkan. Mereka mengebom jalan di bawah rumah kami. Sejak saat itu, saya sudah tidak mahu tinggal di Beirut lagi,” kata Cibbin, 46.

    Cibbin berkata mereka memutuskan untuk meninggalkan Beirut kerana takut akan keselamatan nyawa mereka, tanpa memikirkan apa yang akan berlaku apabila mereka tiba di Turkiye.

    Dia bercakap kepada The Associated Press sebelum beratur untuk menaiki kapal pendaratan amfibia TCG Bayraktar, yang bersama-sama dengan TCG Sancaktar akan membawa pelarian.

    Kedua-dua kapal itu adalah sebahagian daripada konvoi enam kapal termasuk kapal pengiring yang berlayar dari pelabuhan Mersin di selatan Turkiye kelmarin, membawa 300 tan bekalan kemanusiaan, termasuk makanan, kit kebersihan, peralatan dapur, khemah, katil dan selimut.

    Selain warga Turkiye, warga Bulgaria, Romania dan Kazakhstan adalah antara me-\reka yang memohon untuk dipindahkan melalui kapal-kapal itu. Pegawai tidak memberikan jumlah yang tepat.

    The Associated Press merupakan satu-satunya media bukan kerajaan yang dijemput menaiki kapal untuk membuat liputan mengenai operasi pemindahan itu.

    “Pencerobohan Israel telah memberikan kesan yang teruk kepada Lubnan dan saudara-saudara kita di sini,” kata Duta Besar Turkiye ke Lubnan, Ali Baris Ulusoy, berdiri di hadapan Bayraktar. – AP

    Rakyat Turkiye berjalan untuk menaiki kapal tentera laut Turkiye yang memindahkan mereka dari Lubnan di pelabuhan Beirut pada 9 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda