Wednesday, April 16, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye mulakan kerja pemulihan kubah Hagia Sophia

    ISTANBUL, 15 APRIL – Turkiye kelmarin telah memulakan kerja-kerja pemulihan menyeluruh pertama ke atas kubah utama Hagia Sophia, salah satu tapak bersejarah paling penting di Istanbul.

    Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turkiye, Mehmet Nuri Ersoy berkata di platform media sosial X, kubah itu akan diperkukuh agar lebih tahan terhadap gempa bumi tanpa mengubah atau merosakkan struktur dan hiasan asal.

    Bagi memastikan aktiviti ibadah dan kerja pemulihan dapat diteruskan serentak, lantai besi sedang dibina pada empat tiang utama setinggi 43.5 meter bagi menyokong kubah tersebut.

    Hasan Firat Diker, seorang ahli akademik yang terlibat dalam projek itu telah memberitahu agensi Xinhua bahawa lapisan pada kubah akan ditanggalkan bagi menilai sebarang isu struktur pada batu-batanya.

    Sambungan antara kubah utama dan separuh kubah di sekelilingnya turut diperiksa bagi memastikan pengukuhan yang paling tepat dan akan dilaksanakan secara berhati-hati.

    Pemulihan tersebut adalah sebahagian daripada projek jangka panjang 50 tahun oleh Kementerian Kebudayaan Turkiye untuk memulihkan ‘keusangan’ struktur Hagia Sophia yang berusia 1,500 tahun itu. – Xinhua

    Kerja-kerja pemulihan dilaksanakan di Hagia Sophia, Istanbul pada 14 April. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda