Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye pindahkan 85 lagi pesakit

    ISTANBUL, 12 JAN – Seramai 85 lagi pesakit di Semenanjung Gaza dipindahkan dari Mesir ke Turkiye untuk menerima rawatan, kata Menteri Kesihatannya, Fahrettin Koca.

    Dua pesawat yang membawa pesakit dan pengiring mereka mendarat di Ankara pada malam kelmarin, lapor agensi Anadolu (AA).

    “Seramai 85 pesakit dari Gaza di Mesir kini dalam perjalanan ke Turkiye. Mereka diiringi 106 pengiring dan pesakit akan menerima rawatan perubatan di negara kita,” menurut catatan Koca di platform media sosial X.

    Negara itu telah menerima 292 pesakit dari Gaza sejak serangan dahsyat Israel ke atas wilayah Palestin bermula tahun lepas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda