Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye rekod Julai paling panas

    ANKARA, 10 OGOS – Turkiye merekodkan Julai paling panas dalam tempoh 55 tahun, kata Kementerian Alam Sekitar kelmarin.

    Suhu yang direkodkan di 66 daripada 220 stesen cuaca negara itu menunjukkan peningkatan purata 1.9 darjah Celsius (C) berbanding tahun-tahun sebelumnya, kata kementerian itu di X.

    Suhu tertinggi yang pernah direkodkan iaitu 50.5(C) juga ditetapkan pada penghujung Julai di Silopi, tenggara Turkiye.

    Silopi, sebuah bandar di wilayah Sirnak, terletak sekitar 10 kilometer dari sempadan Iraq dan Syria.

    Ia memecahkan rekod suhu tertinggi negara itu sebelum ini iaitu 49.5C yang dicatatkan pada Ogos 2023 di wilayah barat Eskisehir.

    Turkiye telah menghadapi minggu panas terik disusuli dengan beberapa kebakaran hutan.
    Seramai 14 orang kehilangan nyawa dalam kebakaran bulan lalu di bahagian barat negara itu.

    Manakala ratusan lagi telah dipindahkan Jumaat lalu di wilayah barat laut Canakkale.

    Gelombang haba juga telah menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan air di beberapa buah kawasan. Bandar peranginan Cesme di Laut Aegean telah mengehadkan air untuk penduduk dan pelancong antara 11 malam hingga 6 pagi sejak 25 Julai. – AFP

    Gambar menunjukkan suasana persekitaran hotel di Cesme, di wilayah barat Turkiye Izmir pada 30 Julai. Pihak berkuasa di Cesme terpaksa mengehadkan air selama 10 jam sehari kerana musim kemarau. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda