ISTANBUL, 14 FEB – Turkiye mengenakan denda lebih dari AS$15,000 ke atas syarikat peralatan sukan Jerman, Adidas, kerana gagal memberitahu pelanggan bahawa salah satu model kasut utama mereka mengandungi kulit khinzir.
Pengawal selia iklan negara majoriti Muslim itu mengecam Adidas kerana menggambarkan kasut ‘Samba OG’ – yang dipakai oleh model Kendall Jenner dan Bella Hadid baru-baru ini – sebagai diperbuat daripada ‘kulit asli’ tanpa menyatakan ia berasal daripada khinzir.
Dalam satu keputusan yang dilihat oleh AFP kelmarin, pengawal selia itu berkata penggunaan bahan “yang bertentangan dengan sensitiviti agama majoriti masyarakat harus dinyatakan dengan jelas” dalam iklan dan penerangan produk.
Adidas dikenakan denda sebanyak AS$15,200.
Adidas ketika dihubungi oleh AFP mengakui bahawa mereka telah ‘mengemas kini’ spesifikasi produk di laman web mereka, tetapi tidak mengulas mengenai denda tersebut. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P21-5-AFP-web_15022025.jpg)