Wednesday, November 6, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye sedia untuk pemindahan lanjutan di Lubnan

    ISTANBUL, 11 OKT – Kapal dan pesawat Turkiye bersedia untuk melaksanakan operasi tambahan membawa keluar warganya dari Lubnan jika diperlukan, lapor Agensi Anadolu yang memetik jurucakap Kementerian Pertahanan Turkiye kelmarin.

    “Perancangan kami adalah berdasarkan permintaan. Jika diperlukan, rancangan baharu untuk membawa keluar mereka akan diteruskan dengan penyelarasan bersama kementerian dan institusi awam lain,” kata seorang pegawai semasa taklimat mingguan, merujuk kepada operasi berkenaan.

    Menurut sumber diplomatik, kapal-kapal Turkiye telah membawa keluar 966 orang dari Lubnan, terdiri daripada 878 warganegara Turkiye, 24 warga Republik Turki Cyprus Utara (TRNC), dan 64 ahli keluarga terdekat mereka.

    Bercakap mengenai kemungkinan penghijrahan akibat serangan Israel ke atas Lubnan, sumber kementerian berkata: “Setakat ini, tiada kumpulan besar yang datang ke sempadan kami,” sambil mengakui bahawa beberapa warga Lubnan telah berhijrah akibat situasi kemanusiaan yang semakin merosot.

    Serangan Israel ke atas Lubnan, yang bermula akhir bulan lepas telah menyebabkan lebih daripada 2,000 orang terbunuh dan 1.2 juta lagi kehilangan tempat tinggal, menurut pihak berkuasa Lubnan. – Bernama

    Pegawai sedang membantu pemindahan warga Turkiye dari Lubnan ketika mereka turun dari kapal perang Turki TCG L402 Bayreaktar selepas ketibaannya di pelabuhan Mersin, Turki kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda