Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye tahan 32 suspek IS

    ISTANBUL, 29 DIS – Anggota keselamatan Turkiye telah menahan 32 suspek berhubung dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Islamic State (IS) yang merancang serangan ke atas gereja dan rumah ibadat serta kedutaan Iraq, kata sumber keselamatan kepada AFP hari ini.

    Pertubuhan Perisikan Turki (MIT) dan polis melakukan serbuan pada subuh di sembilan bandar termasuk Istanbul dan ibu negara Ankara terhadap kumpulan IS, kata sumber itu.
    Tiga daripada suspek didakwa anggota kanan kumpulan pelampau itu.

    Operasi itu menggagalkan serangan yang dirancang ke atas ‘gereja di Turkiye’ serta kedutaan Iraq di Ankara, tambah sumber itu.

    Sejak beberapa bulan lalu, Turkiye telah mempergiatkan operasi menentang pejuang IS.
    Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata polis menahan 304 suspek di 32 bandar yang didakwa bersekutu dengan kumpulan itu.

    Pelampau IS telah melakukan beberapa serangan di Turkiye, termasuk sebuah kelab malam di Istanbul pada 2017 yang membunuh 39 orang. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda