Sunday, November 17, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye tingkatkan sasaran pelancongan gastronomi

    ANKARA, 20 SEPT – Turkiye kini giat meningkatkan pendapatan menerusi pelancongan gastronomi, yang dijangka mencecah AS$18 bilion menjelang akhir tahun ini dan AS$25 bilion menjelang 2025, lapor agensi Anadolu.

    Pelancongan gastronomi ditakrifkan sebagai perjalanan untuk meneroka budaya masakan, hidangan tempatan, minuman serta kaedah penghasilan di sesebuah wilayah atau negara.

    Dengan lebih 2,200 jenis makanan dan minuman tempatan, bandar-bandar seperti Gaziantep, Adana, Hatay dan Izmir merupakan antara pusat gastronomi penting di negara itu.

    Turkiye turut melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengembangkan sektor pelancongan gastronomi termasuk menawarkan 41 kursus masakan dan pastri, dengan 16 daripadanya dijalankan di Istanbul.

    Menurut laporan Agensi Pembangunan Ahiler, terdapat 34 muzium gastronomi di Turkiye yang mempromosikan produk tempatan, manakala lebih 360 festival gastronomi diadakan di seluruh negara. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda