Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkmenistan rasmi bandar AS$5b

    ARKDAG, 29 JUN – Turkmenistan hari ini merasmikan Arkadag, sebuah bandar pintar bernilai AS$5 bilion yang dibina sebagai penghormatan kepada bekas pemimpin diktator, Gurbanguly Berdymukhamedov, mengukuhkan salah satu kultus personaliti paling luar biasa di dunia.

    Serdar Berdymukhamedov, anak lelakinya dan presiden semasa, memperkenalkan bandar sekitar 30 kilometer di barat daya ibu kota Ashgabat semasa majlis besar-besaran yang dihadiri wartawan AFP.

    Negara Asia Tengah bekas Soviet itu adalah salah sebuah negara paling berahsia di dunia, dan akses kepada media asing sangat jarang berlaku.

    Bandar baharu yang dibina di kaki pergunungan Kopet-Dag yang indah itu dinamakan sempena Gurbanguly Berdymukhamedov, yang memerintah negara itu antara 2006 dan 2022 dan kini membawa gelaran Wira Arkadag (Pelindung).

    “Kemuliaan kepada Arkadag dan Serdar, kemuliaan kepada pemimpin Turkmen,” laungan peserta yang berpakaian tradisional Turkmen semasa majlis itu.

    Bekas presiden itu, yang berusia 66 tahun hari ini, kekal sebagai pembuat keputusan sebenar di negara itu, kata pemerhati, Berdymukhamedov. – AFP

    Presiden Turkmenistan, Serdar Berdymukhamedov memotong reben semasa upacara perasmian bandar baharu di Arkadag, luar ibu kota Ashgabat, 29 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda