Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Turnitin perkenal keupayaan pengesanan tulisan AI

    KUALA LUMPUR, 7 APRIL – Turnitin, peneraju global dalam penyelesaian integriti akademik, memperkenal ciri teknologi baharu yang membolehkan pendidik dan institusi memeriksa dan menilai kesahihan kerja akademik pelajar masing-masing, termasuk mengesan penggunaan peralatan Kecerdasan Buatan (AI) seperti ChatGPT.

    Teknologi pengesan AI yang diaktifkan kelmarin, akan membantu para pendidik mengesan berapa banyak ayat dalam tulisan pelajar mereka dijana oleh AI yang seterusnya boleh menentukan sama ada siasatan atau perbincangan lanjut perlu dilakukan ke atas pelajar berkenaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Turnitin, Chris Caren berkata kini pendidik memberi keutamaan dalam mengesan teks bertulis AI untuk menilai ketulenan kerja pelajar mereka dan menentukan cara terbaik untuk berinteraksi dengan mereka.

    Sementara itu, Naib Presiden Serantau Turnitin Asia Pasifik, James Thorley berkata ahli akademik, pendidik dan pentadbir universiti di Asia Tenggara menyedari mengenai potensi impak alatan AI seperti ChatGPT di rantau ini.

    Keupayaan pengesanan tulisan AI Turnitin tersedia dalam produk dan penyelesaian sedia ada, termasuk Studio Maklum Balas Turnitin (TFS), TFS dengan Keaslian, Ketulenan Turnitin, Kesamaan Turnitin, Simcheck, Semakan Keaslian dan Semakan Ketulenan+. – Bernama

    Logo OpenAI dilihat pada telefon bimbit di hadapan skrin komputer yang memaparkan perisian ChatGPT, pada 21 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

    KATHMANDU, 19 MEI - Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini, sekali gus mengesahkan...