Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tutong FoodCon berakhir

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 28 Feb – Tutong FoodCon yang melibatkan lebih 50 pengusaha persendirian dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang diadakan di kawasan ruang legar Hua Ho Petani Mall, Tutong sejak Jumaat lalu berakhir hari ini.

    Acara tersebut sudah pun menjadi acara bulanan iaitu pada hujung minggu setiap akhir bulan dengan menampilkan pelbagai jenis sajian makanan dan minuman untuk mempromosi produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Destinasi Tutong dan sebagainya.

    Tutong FoodCon turut berperanan sebagai asas atau platform untuk menyatu-padukan masyarakat dan mengetengahkan potensi serta pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan yang terdapat di daerah ini dalam inisiatif untuk sama-sama memajukan Daerah Tutong sebagai Daerah Destinasi yang indah, unik dan menarik.

    Acara Tutong FoodCon berakhir hari ini.
    Acara Tutong FoodCon berakhir hari ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda