Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    TV Pintar LeEco dilancarkan

    LEECO telah melancarkan rangkaian terbaru Televisyen (TV) pintar Super 4 Series untuk pasaran India. Rangkaian baru TV ini ditawarkan dalam ukuran 40 inci, 43 inci dan 50 inci serta dijanakan dengan Android 6.0 Marshmallow.

    TV 40 inci LeEco Super 4×40 didatangkan dengan definisi tinggi penuh (1920×1080 piksel) dan paparan LED. Sementara Super 4×43 Pro dan Super 4×50 pula dilengkapi dengan paparan 4K UHD (3840×2160 piksel).

    Ia dikatakan mempunyai reka bentuk yang sangat nipis dengan bezel aluminium sekelilingnya. Model yang termahal mempunyai sistem audio Harmon Kardon yang menjanjikan pengalaman yang realistik kepada pengguna.

    TV pintar LeEco Super 4 Series dikuasakan dengan pemprosesan empat teras 64-bit Cortex CRM dan beberapa teras ARM Mali GPU yang digandingkan dengan 3GB DDR3 RAM. Model 40 inci dan 43 inci menawarkan 16GB storan Flash dan model yang terbesar didatangkan dengan storan 32GB untuk penyimpanan aplikasi Android.

    TV Pintar ini menawarkan sambungan Wi-Fi dan Bluetooth 4.1 serta dua HDMI port dan 3 x 2 USB di bahagian atas. Ciri tambahan termasuk penapis ‘cahaya biru’, kawalan gerak isyarat, pencarian suara Google dan lain-lain.

    TV pintar Super 4 Series menawarkan ciri penapis ‘cahaya biru’, kawalan gerak isyarat, pencarian suara Google dan lain-lain.
    TV pintar Super 4 Series menawarkan ciri penapis ‘cahaya biru’, kawalan gerak isyarat, pencarian suara Google dan lain-lain.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda