Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Twigs gugurkan kes dera terhadap Shea

    Penyanyi antarabangsa, FKA Twigs bertindak menggugurkan tuntutan mahkamah terhadap kes penderaan membabitkan bekas kekasihnya yang juga pelakon, Shea LaBeouf.

    Memetik laporan Utusan Malaysia, berdasarkan dokumen mahkamah yang diperolehi portal Page Six, pengguguran tersebut dibuat penyanyi berusia 37 tahun itu dua bulan sebelum perbicaraan dijadualkan bermula September ini.

    “Kami sepakat menyelesaikan kes ini di luar mahkamah.

    “Kami mendoakan kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan masing-masing di masa akan datang,” kata bekas pasangan kekasih itu dalam kenyataan yang dikongsikan peguam kepada portal tersebut.

    Twigs Disember lepas mendakwa Shea sebelum ini beberapa kali mengasari dan memberi tekanan kepadanya.

    Selain dipukul, penyanyi tersebut juga mendakwa dia dijangkiti penyakit kelamin yang dibawa pelakon Transformers itu.

    Terdahulu Twigs dan Shea mula mengenali satu sama lain apabila keduanya bersama-sama membarisi filem Honey Boy pada 2018.

    Mereka bagaimanapun menjalinkan hubungan istimewa selepas penggambaran filem berkenaan berakhir.

    Untuk rekod Shea pernah berkahwin dengan Mia Goth pada 2016. Mereka bagaimanapun berpisah dua tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Isabel. – Agensi

    Twigs (kiri) dan Shea sepakat untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda