Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Twitch henti operasi di Korea Selatan

    SEOUL, 7 DIS – Perkhidmatan video popular, Twitch, akan menutup perniagaannya yang sedang bergelut di Korea Selatan.

    Ketua eksekutif Twitch berkata keputusan tersebut adalah disebabkan oleh kos yang ‘terlalu mahal’ untuk beroperasi di negara itu.

    Dalam catatan blog yang mengumumkan rancangan syarikat minggu ini, Dan Clancy berkata yuran rangkaian yang dibayar oleh syarikat itu kepada pengendali Internet Korea Selatan adalah 10 kali ganda berbanding kebanyakan pasaran lain. Namun, dia tidak menyatakan jumlah khusus.

    “Kami telah membuat keputusan yang sukar untuk menutup operasi Twitch di Korea pada 27 Februari 2024,” kata Clancy dalam siaran itu.

    Twitch dapat mengurangkan kos dengan mengehadkan kualiti video, tetapi ‘yuran rangkaian kami di Korea masih 10 kali lebih mahal daripada di kebanyakan negara lain’.

    Platform yang popular dengan peminat permainan video, Twich menurunkan kualiti perkhidmatan videonya di Korea Selatan kepada resolusi 720 pixel (p) daripada 1080p pada September 2022, dengan alasan keperluan untuk mengurangkan kos.

    Kemudian pada tahun itu ia menyekat penstriman Korea Selatan daripada memuat naik kandungan video. – AP

    Twitch akan menghentikan perkhidmatannya di Korea Selatan pada bulan Februari kerana kos untuk beroperasi yang tinggi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda