WASHINGTON, 12 MEI – Elon Musk kelmarin mengumumkan Twitter akan mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu kira-kira enam minggu lagi, membolehkannya memberi tumpuan kepada peranan pengerusi eksekutif.
Dalam ciapannya mengenai pengumuman itu, Musk tidak mendedahkan nama CEO baharu berkenaan namun berkata: ‘Beliau (wanita) akan memulakan tugasnya dalam enam minggu’, lapor United Press International (UPI).
Menurut Musk, menerusi peranan baharunya itu, beliau akan menyelia ‘produk, perisian dan operator sistem’. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/05/P14-Twitteri_13052023.jpg)