Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Twitter dituntut ganti rugi sewa ibu pejabat AS, UK

    LONDON, 24 JAN – Pemilik syarikat media sosial Twitter, Elon Musk berdepan masalah undang-undang kerana ramai pemilik hartanah menuntut bayaran sewa mereka yang tidak dibayar di ibu pejabat San Francisco dan di pejabat UK.

    Bagaimanapun, Elon Musk, cuba untuk mengurangkan kos perbelanjaan.

    Twitter sedang menghadapi tuntutan saman kerana didakwa gagal membayar sewa untuk pejabat utamanya, menurut dokumen mahkamah California.

    Pemilik premisnya di pusat London pula berkata mereka sedang membawa tuntutan itu ke mahkamah.

    Musk sedang melakukan pengurangan kos yang ekstrem selepas perjanjian belian tahun lalu sebanyak AS$44 bilion untuk Twitter meninggalkan syarikat itu terikat dengan bayaran faedah kira-kira AS$1 bilion setahun.

    Logo Twitter terpapar di luar pejabat syarikat di San Francisco. Syarikat itu melelong memorabilia, perabot pejabat mewah dan peralatan dapur profesional dari pejabatnya di San Francisco. – AP

    Twitter telah dibawa ke mahkamah bulan ini kerana tidak membayar sewa di pejabat lain di San Francisco.

    Ini berlaku ketika Musk telah memberi keterangan dalam beberapa hari terakhir dalam saman tindakan kelas daripada pelabur Tesla yang menuduh tweetnya pada 2017 mengelirukan mereka mengenai dana untuk mengambil syarikat kereta elektrik itu.

    Strategi pengurangan kos Musk untuk Twitter juga termasuk memecat pekerja syarikat dan menjual memorabilia dan perabot pejabat yang mewah.

    Twitter tidak menjawab permintaan untuk komen. Jabatan komunikasi syarikat itu telah ditutup selepas pengambilalihan Musk.

    Pemilik pejabat utama Twitter di San Francisco, yang terletak di 1355 Market St., sedang menuntut syarikat itu selepas gagal membuat bayaran sewa bulanan terbaru, menurut dokumen yang difailkan Jumaat di Mahkamah Superior California.

    Twitter telah ketinggalan untuk membayar sebahagian daripada sewa pada bulan Disember, dan Sri Nine Market Square memperoleh bayaran daripada surat kredit yang disediakan Twitter sebagai cagaran. – AP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...