Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Twitter langgar kontrak, gagal bayar bonus pekerja

    SAN FRANCISCO, 24 DIS – Mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat memutuskan syarikat media sosial Twitter, kini kenali sebagai X, melanggar kontrak dengan tidak membayar bonus prestasi tahunan yang dijanjikan kepada pekerjanya secara lisan.

    Tuntutan pelanggaran kontrak telah dibuat oleh bekas majikan Mark Schobinger pada bulan Jun.

    Tuntutan undang-undang itu menyatakan bahawa Twitter telah berjanji memberikan bonus prestasi tahun 2022 kepada pekerjanya jika mereka terus bekerja dengan syarikat sehingga kemungkinan tarikh pembayaran terakhir, iaitu suku pertama tahun ini.

    Mahkamah menolak percubaan Twitter untuk menolak kes itu, memutuskan tuntutan pelanggaran kontrak oleh Schobinger di bawah undang-undang California adalah sah.

    “Schobinger secara munasabah menyatakan tuntutan pelanggaran kontrak di bawah undang-undang California. Dia mendakwa bahawa Twitter berjanji secara lisan untuk membayar setiap pekerja sebahagian daripada bonus yang dirancang,” tulis Hakim Daerah AS, Vince Chhabria.

    “Dan dengan enggan membayar bonus yang dijanjikan kepada Schobinger, Twitter melanggar kontrak itu,” kata hakim tersebut.

    X masih boleh merayu keputusan mahkamah.

    Rangkaian media sosial yang dimiliki oleh Elon Musk, kini sedang menghadapi pelbagai cabaran, termasuk siasatan Kesatuan Eropah (EU) di bawah undang-undang yang direka untuk memerangi maklumat palsu dan kebencian, kritikan terhadap respons platform mengenai rusuhan di Dublin dan pengiklan terkemuka meninggalkan platform.

    Menurut dokumen dalaman yang dihantar kepada kakitangan dan dilaporkan oleh penerbit teknologi The Verge, syarikat itu kini bernilai kurang separuh daripada AS$44 bilion yang dibayarnya pada Oktober 2022. – AFP

    Komputer dan komputer riba memaparkan X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda