WASHINGTON, 3 Nov – Laman sosial Twitter pada hari khamis melaporkan bahawa pekerjanya bertanggungjawab dalam penutupan akaun Twitter milik Donald Trump yang terjadi selama 11 minit, sebelum Presiden AS tersebut mendapatkannya kembali.
Twitter pada mulanya memberitahu bahawa akaun tersebut dipadam disebabkan oleh kesilapan manusia namun siasatan menunjukkan perbuatan tersebut dilakukan secara sengaja.
“Berdasarkan siasatan kami mendapati bahawa perbuatan ini dilakukan oleh pekerja perkhidmatan pelanggan Twitter pada hari terakhir mereka berkhidmat”, lapor Twitter.
“Kami menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh,” menurut akaun rasmi Twitter kerajaan.
Presiden AS Donald Trump memiliki sejumlah 41.7 juta orang pengikut dalam akaun peribadi, yang digunakannya untuk menyatakan kritikan yang berbaur kontroversi.
Trump juga menggunakan laman media sosial untuk mengumumkan polisi dan Julai lalu, ketua Pentagon terkejut dengan kenyataan Trump bahawa transgender dilarang untuk berkhidmat dalam ketenteraan. – AFP