SAN FRANCISCO, 8 Nov – Twitter semalam mengumumkan ia akan menggandakan had kepada 280 huruf bagi penggunaan Twitter, satu usaha untuk melibatkan lebih ramai pengguna dan menambah penglibatan di rangkaian sosial, memberikan para pengguna dua kali ganda ruang untuk menyuarakan pemikiran mereka dalam era baru bagi platform online, yang mana cirinya 140 huruf telah menggalakkan para pengguna membentuk mesej ringkas.
“Kami meluaskan had huruf! Kami mahu ia lebih mudah dan lebih pantas bagi semua orang untuk melahirkan pandangan mereka sendiri,” menurut laman itu, yang mula menguji pertambahan hadnya dalam kebanyakan bahasa pada awal September bagi setiap orang untuk melahirkan pendapat mereka sendiri.
Perubahan itu akan mengeluarkan semua bahasa melainkan bahasa Jepun, Korea dan Cina, yang mana pengehadan ruang bukan menjadi isu, menurut Twitter. Ini adalah kali pertama had huruf dalam Twitter ditambah sejak Twitter diasaskan 11 tahun lalu.
Twitter, yang ketinggalan di belakang rangkaian-rangkaian sosial yang bersaingan dalam pertumbuhan pengguna dan berusaha meraih keuntungan, berdepan dilema berhubung perubahan itu yang boleh merenggangkan pengguna-pengguna lama dan mengubah ciri-ciri perkhidmatan. – AFP