Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Twitter tutup akses percuma untuk api

    SAN FRANCISCO, 3 FEB – Penyedia perkhidmatan percuma yang bergantung pada peralatan perisian Twitter mungkin akan hilang mata pencarian apabila perkhidmatan dalam talian itu hanya akan menawarkan akses berbayar kepada API (aplikasi pengaturcara antara muka) mulai 9 Februari.

    Para pembangun sentiasa dapat mengakses platform API tanpa bayaran, sekurang-kurangnya pada tahap terhad manakala integrasi yang lebih mendalam dikenakan caj.

    Menerusi ciapannya kelmarin, Twitter tidak memberikan sebarang butiran mengenai model harga, hanya akan menawarkan prospek maklumat lanjut pada minggu akan datang.

    “Mulai 9 Februari, kami tidak lagi menyokong akses percuma kepada API Twitter, kedua-dua v2 dan v1.1. Tahap asas berbayar akan disediakan,” menurut ciapan kelmarin yang dipetik agensi akhbar Jerman (dpa).

    Caj bayaran oleh Twitter untuk mengakses API, bermakna perkhidmatan itu perlu menuntut wang daripada pengguna mereka. Model perniagaan ini dilihat sukar memandangkan kesanggupan untuk membayar di Internet agak rendah.

    Jutawan teknologi, Elon Musk membeli Twitter pada musim luruh lepas dan membebankan perkhidmatan itu dengan berbilion-bilion hutang yang kini perlu dibayar dan pada masa yang sama, hasil pengiklanan merosot.

    Twitter cuba memperoleh lebih banyak wang termasuk menerusi tawaran langganan. Baru-baru ini, perabot dari ibu pejabatnya di San Francisco turut dilelong. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...