Wednesday, December 4, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tya Arifin bakal timang anak perempuan lagi

    Pelakon Tya Arifin dan suami Asyraf Jiwa memaklumkan mereka bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

    Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin, 30, meluahkan rasa syukur selain berharap segala urusan dipermudahkan sehingga hari kelahiran anaknya itu.

    “Alhamdulillah Masya Allah. Doakan semua semoga dipermudahkan dilancarkan dan penting sihat nantinya. Insya Allah,” tulisnya yang dikongsi mStar.

    Khabar gembira itu dikongsikan menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan sekitar acara gender reveal bersama suami dan anak-anak.

    Menerusi video tersebut, Tya dan suami mencedok sebiji kek berwarna merah jambu sebagai simbolik pengumuman jantina anak mereka.

    Tya dan suami teruja timang anak perempuan lagi. – Media Hiburan

    Namun reaksi dan raut wajah anak keduanya iaitu Azzahara Jiwa dilihat seakan kecewa kerana bakal menerima adik perempuan.

    “Ara tolong kawal muka awak okey,” tulisnya lagi.

    Pada 21 Ogos lalu Tya bersama Asyraf berkongsi berita gembira bakal menyambut cahaya mata ketiga dalam satu video kreatif di laman sosial.

    Sebelum itu, Tya juga pernah berkongsi kisah duka apabila mengalami keguguran pada awal tahun ini.

    Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda