Thursday, December 5, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tya Arifin kongsi kisah duka

    Dalam kegembiraan bakal menyambut kelahiran anak ketiga, pelakon Tya Arifin turut berkongsi kisah duka mengalami keguguran awal tahun ini.

    Menurut Tya atau Nurtria Wulandri Arifin, 30, dia mengetahui dirinya hamil sekitar Januari lalu ketika sedang bercuti bersama keluarga di Turkiye.

    “Sebenarnya ketika bercuti saya sudah hamil tetapi tidak tahu. Patutlah masa itu bila berjalan kaki cepat rasa penat. Dukung anak pun tak boleh lama.

    “Jadi di Turkiye saya sengaja buat pemeriksaan kerana tarikh haid sudah lewat.

    Bagaimanapun saya mengalami keguguran saat pulang ke Malaysia,” katanya.

    Tya berkongsi perjalanan hamil anak ketiga. – Kosmo Digital

    Menurut mStar, Tya berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya pada Isnin sebagai kenangan perjalanan kehamilannya.

    Menerusi hantaran video tersebut, Tya membuat kejutan dengan menyembunyikan alat ujian kehamilan di dalam saku seluar suaminya iaitu Asyraf Khalid.

    Pelakon itu juga menunjukkan perbualan bersama seorang doktor memaklumkan kandungannya mengalami masalah sebelum keguguran pada 24 Januari.

    Bagi Tya kisah yang terjadi itu menjadi satu pengalaman buatnya menyelami
    hati ibu yang pernah mengalami nasib sama.

    “Sekarang saya faham perasaan ibu yang mengalami keguguran. Apa lagi ibu-ibu yang berjuang garis dua (hamil).

    “Awalnya rasa sedih. Beberapa hari kemudian, saya mula reda dan menerima dengan ikhlas,” tulisnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda