Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tya Arifin selamat bersalin anak ketiga

    Pelakon Tya Arifin memaklumkan selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada pukul 11:11 malam Jumaat.

    Menurut mStar, Tya atau Nurtria Wulandri Arifin, 30, meluahkan rasa syukur kerana selamat melahirkan anak perempuan secara normal.

    “Alhamdulillah, masya-Allah tabarakallah anak kami yang ketiga telah lahir dengan selamat secara normal,” katanya.

    Tya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, Tya turut memberitahu anak yang dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram itu diberikan nama sebagai Aghnia Amira Jiwa.

    Tya dan Asyraf teruja menyambut kelahiran anak ketiga mereka. – Utusan Malaysia

    “Aghnia Amira Jiwa dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram pada Jumaat, 20 Disember 2024 pukul 11:11 malam,” ujarnya.

    Pada 21 Ogos lalu, Tya bersama suaminya iaitu Asyraf Khalid berkongsi berita gembira bakal menyambut cahaya mata ketiga dalam sebuah video kreatif di laman sosial.

    Sebelum itu, Tya pernah berkongsi kisah duka apabila mengalami keguguran pada awal tahun ini.

    Untuk rekod, Tya mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 1 November 2015.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7 dan Azzahra Jiwa, 5 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda