Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tyler Adams ketuai Amerika Syarikat

    DOHA, 21 NOV – Tyler Adams dinamakan sebagai kapten pasukan bola sepak Amerika Syarikat menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Wales pada 22 November jam 3 pagi, sekali gus menjadikan beliau kapten termuda sejak Walter Bahr pada 1950.

    Perkara itu diumumkan ketua jurulatih pasukan, Gregg Berhalter dalam sidang media pada Ahad.

    Adams, 23, pemain tengah tempatan akademi New York Red Bulls dan mula menjadi pemain profesional pada usia 16 tahun.

    Beliau menyertai RB Leipzig dari Bundesliga pada Januari 2019 dan telah berpindah ke kelab Liga Perdana, Leeds United pada musim panas ini, menurut Xinhua.

    Adams membuat penampilan sulung dengan pasukan kebangsaan pada 2017 dan telah membuat 32 penampilan antarabangsa sejak itu. Purata umur barisan pemain utama pasukan Amerika ialah 25 tahun, menjadikanya pasukan kedua termuda dalam kalangan 32 pasukan, selepas Ghana. – Bernama

    Ketua Jurulatih Amerika Syarikat, Gregg Berhalter (kiri), dan Tyler Adams semasa sidang media di Stadium Ahmad bin Ali, Doha, Qatar. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda