Penyanyi Hollywood, Taylor Swift pernah menjadi mangsa gangguan seksual. Akuinya, dia telah diraba oleh seorang DJ bernama David Mueller ketika konsert pada tahun 2013.
Semasa konsert Red Tour, Taylor mendedahkan bahawa David telah menyetuh punggungnya ketika mengambil gambar bersamanya.
Memetik laporan Murai.My, insiden yang tidak menyenangkan itu telah menimbulkan kekecohan apabila David melaporkan Taylor atas tuduhan fitnah, menyebabkan dia dipecat daripada pekerjaannya.
Dalam tuntutannya, David meminta pampasan sebanyak AS$3 juta untuk kerosakan nama baiknya yang disebabkan oleh Taylor.
Selepas sebulan daripada laporan tuduhan fitnah, Taylor melaporkan David kerana gangguan seksual. Dalam perbicaraan yang diadakan di Denver, Taylor menerima pampasan AS$1 (RM4.42) untuk kes itu mengikut tuntutannya sendiri.
“Dia tidak cuba untuk memufliskan sesiapa. Dia hanya cuba memberitahu orang ramai bahawa awda boleh mengatakan ‘tidak’ jika ada seseorang cuba meletakkan tangan di atas badan awda.
“Memegang atau mencengkam bahagian belakang wanita adalah serangan, ia adalah salah,” ujarnya. – Agensi
