Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Typhoon H3 dilengkapi kamera Leica

    Dalam dunia telefon pintar, Leica bekerjasama dengan Huawei untuk menghasilkan sistem kamera yang dinobatkan sebagai yang terbaik oleh DXOMark baru-baru ini.

    Kini mereka bekerjasama pula dalam dunia dron selepas menghasilkan kamera untuk dron Yuneec Typhoon H3. Dron lapan kipas ini dilengkapi kamera ION L1 Pro dengan sensor 20-Megapixel CMOS sebesar 1 inci. Ini dipadankan dengan lensa Leica Elmarit 23mm f/2.8.

    Kemampuan rakaman video pula ialah 4K 60FPS dengan profil Adobe DNG dan mod ylog 10-bit.

    Dron pula dilengkapi bateri sebesar 5250 mAh yang memberikan tempoh operasi sehingga 25 minit. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai ialah 500 meter dengan kelajuan 72 km/j dan jarak kawalan sehingga 2 kilometer. – Agensi

    Dron lapan kipas ini dilengkapi kamera ION L1 Pro dengan sensor 20-Megapixel CMOS sebesar 1 inci. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda