Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tyzo ditahan wad akibat ulser di bahagian perut

    Penyampai radio Tyzo akhirnya menyerah diri ke wad kecemasan di sebuah hospital selepas dua minggu menderita sakit gastrik.

    Tyzo atau Tuah Zolqarnain, 48, berkata, selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan kesakitan dialami bukan hanya disebabkan gastrik tetapi terdapat ulser di bahagian perutnya.

    “Saya sebenarnya ada sakit gastrik dah lama, tapi dalam dua minggu ni ia rasa sakit sangat teruk sampai saya kemurungan. Sebelum ni okay sahaja bila makan ubat cuma kali ini memang tak boleh tahan terus saya ke hospital. Bila sampai ke sana doktor lakukan prosedur endoskopik dan dapati saya ada ulser di bahagian perut,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Tyzo yang ditahan di hospital sejak Isnin lalu bagaimanapun sudah dibenarkan pulang keesokan harinya.

    Dalam pada itu Tyzo menjelaskan, dia bernasib baik pergi mendapatkan rawatan atau berdepan dengan masalah lebih serius iaitu usus bocor. Malah Tyzo diminta berehat daripada bekerja untuk beberapa hari dan konsisten memakan ubat yang diberikan.

    “Kata doktor kalau saya lambat ada kemungkinan perkara lain boleh terjadi seperti usus bocor. Tapi syukur doktor kata tidak teruk dan boleh balik selepas dipantau semalaman di hospital. Sekarang saya diminta untuk berehat dan konsisten makan ubat diberikan selama dua bulan,” jelasnya. – Agensi

    Tyzo alami gastrik selama dua minggu sebelum dimasukkan ke hospital. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda