Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tyzo tak tahu mengurat, ambil masa dekati wanita

    Nama penyampai radio IKIM FM, Tyzo Xander kembali tular apabila seorang usahawan wanita, Lydia Rosli juga anak pelakon, Normah Damanhuri membuat pengakuan mahu berkahwin dengannya.

    Mengakui terkejut, Tyzo tidak menyalahkan Lydia meluahkan perasaannya kepada media massa, namun Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris masih belum bersedia berumah tangga.

    Sebelum ini, Lydia dan Tyzo kelihatan hadir berdua pada majlis sambutan ulang tahun kedua pasaraya ST Rosyam Mart milik pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor di Sungai Buloh, Selangor.

    “Saya belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Saya bukanlah lelaki yang bertanggungjawab, itu saya sedar. Lagipun, saya sudah ada anak dan tanggungjawab mahu membesarkan anak.

    “Menjadi suami bukan perkara mudah seperti semua orang fikir. Saya ada kelemahan diri dan belum bersedia mendirikan rumah tangga, jadi lebih baik tunggu masa sesuai.

    Tyzo menjaga privasi dan enggan mendedahkan luahan hati Lydia terhadapnya. – mStar

    “Lydia juga ada pengalaman dikecewakan, jadi banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan. Lydia juga memiliki cahaya mata, saya tak tahu bagaimana penerimaan anak-anaknya pada saya,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas adakah Lydia pernah bersemuka meluahkan perasaannya, Tyzo tidak menafikan mereka ada bercakap soal isi hati.

    “Tapi, tak perlulah saya ulas lanjut. Biarlah kenyataan hanya keluar daripada mulut Lydia. Sebab saya sangat menjaga privasi.

    “Bukan tak nak berkongsi, tapi saya memilih bercakap soal kerjaya. Saya risau soal peribadi akan menutup kerjaya.

    “Jujurnya, saya pernah terfikir mahu berkahwin, tapi apabila berjalan waktu saya rasa perlu tumpu kepada kerjaya dulu,” katanya.

    Diasak persoalan kenapa tidak memberi ruang kepada Lydia mengisi kekosongan hatinya, Tyzo berkata, dia tahu kena memulakannya, tetapi kalau tak tahu bagaimana nak ‘mengurat’ perempuan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda