Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tze Yong rangkul kejuaraan sulung

    KUALA LUMPUR, 5 DIS – Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Ng Tze Yong akhirnya berjaya merangkul kejuaraan pertama musim ini selepas dinobatkan sebagai juara dalam Cabaran Antarabangsa Bahrain 2022 di Manama, semalam.

    Selaku pilihan pertama, Tze Yong bagaimanapun terpaksa beraksi menentang pemain bukan pilihan dari Taiwan, Kuo Kuan Lin pada perlawanan akhir sebelum muncul juara dalam pertembungan tiga set yang berlangsung sejam 20 minit, dengan keputusan 21-15, 20-22, 21-12.

    Selain merangkul gelaran juara dalam kejohanan yang diadakan di Kelab BKS, pemain yang menduduki nombor 27 dunia itu turut menerima hadiah wang bernilai AS$1,200.

    Tze Yong sebelum ini pernah memenangi pingat perak perseorangan lelaki dan membantu pasukan Malaysia merampas kembali pingat emas dari India dalam acara berpasukan campuran di Sukan Komanwel Birmingham 2022. – Bernama

    Ng Tze Yong akhirnya berjaya merangkul kejuaraan pertama musim ini – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda