Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tze Yong tekad cipta kejayaan pada Sukma 2022

    KUALA LUMPUR, 9 SEPT – Selepas menarik diri daripada menyertai kejohanan Terbuka Vietnam, tumpuan pemain perseorangan lelaki negara Malaysia Ng Tze Yong kini beralih kepada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan berlangsung dari 16 hingga 24 September ini.

    Pemain berusia 22 tahun itu berharap mampu mencipta ‘magis’ bagi skuad badminton Johor, selepas penampilan kali pertamanya pada edisi 2018 di Perak tidak membuahkan hasil apabila terkeluar seawal pusingan kedua. 

    “Saya tarik diri daripada Terbuka Vietnam sebab tidak cukup masa untuk latihan seperti kejohanan yang saya sertai sebelum ini. 

    “Biasanya saya tiada tekanan ketika menyertai kejohanan tetapi kali ini ada rasa tertekan jadi kena pandai tangani perasaan itu dengan tidak terlalu stres dan lebih fokus kepada satu demi satu perlawanan,” katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini hari ini. 

    Tze Yong memaklumkan beliau masih belum pasti sama ada akan terpilih menyertai Terbuka Denmark pada Oktober ini, namun sudah bersedia jika namanya tersenarai mewakili negara pada kejohanan berprestij itu. 

    Pemain yang kini berada di ranking ke-39 dunia itu, bagaimanapun berkata beliau masih memerlukan latihan fizikal yang mencukupi bagi memastikan staminanya berada pada tahap terbaik.

    “Latihan gim memang kena giatkan lagi untuk tingkatkan stamina sebab sekarang saya rasa tahap terbaik saya antara 60 hingga 70 peratus sahaja,” katanya. – Bernama

    Pemain badminton Malaysia Ng Tze Yong menunjukkan pingat yang dimenanginya di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dalam acara berkumpulan dan perseorangan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia (KLIA) pada 10 Ogos 2022. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...