Thursday, February 9, 2023
26.1 C
Brunei

-

Tzu Ying mahu berehat

KUALA LUMPUR, 10 JAN – Perseorangan wanita nombor tiga dunia, Tai Tzu Ying merancang untuk melangkau siri Asia Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), selepas kejohanan pembuka tirai Terbuka Malaysia yang bermula hari ini di Arena Axiata di sini.

Pemain Taiwan berusia 28 tahun itu, yang menamatkan Akhir Jelajah Dunia pada 7 hinggs 11 Disember lepas di Bangkok sebagai naib johan, akan berehat sebulan dan bersedia untuk latihan, selain menyambut Tahun Baharu Cina.

Ini bermakna beliau tidak akan menyertai Terbuka India minggu depan, Masters Indonesia (24 hingga 29 Januari) dan Thailand Masters (31 Januari hingga 5 Februari) dan dijangka kembali beraksi dengan semangat baharu pada kejohanan siri Eropah bermula dengan Terbuka Jerman pada 7 hinggs 12 Mac.

“Saya masih dibelenggu perasaan ketika kejohanan dan tidak cukup rehat kerana jarak antara musim lepas dengan musim ini pendek. Jadi saya akan berehat dan fokus pada pemulihan dan bersedia untuk kelayakan ke Olimpik Paris.

“Saya tidak menetapkan sasaran untuk Terbuka Malaysia dan saya suka bermain di sini. Saya cuma mahu menumpukan pada perlawanan satu demi satu,” katanya kepada pemberita.

Tzu Ying yang juga pemenang pingat Kejohanan Dunia itu memulakan kempen dengan mengetepikan Clara Azurmendi dari Sepanyol 21-10, 21-10. – Bernama

Aksi Tai Tzu Ying semasa perlawanan badminton Perodua Malaysia Masters 2022, 9 Julai 2022. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -