KUALA LUMPUR, 19 MAC – U Mobile Malaysia melancarkan kempen ‘Hottest Spot’ mulai hari ini sehingga 31 Mac dengan menggandakan kuota data ‘hotspot’ untuk pelanggan sepanjang tempoh 14 hari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ketua Pegawai Pemasarannya Jasmine Lee berkata syarikat telekomunikasi (telco) itu peka mengenai keperluan data ‘hotspot’ yang meningkat dalam kalangan pelanggannya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan itu berkuat kuasa di seluruh negara.
“U Mobile sentiasa menjadi telco yang komited dalam memberi maklum balas terhadap keperluan pelanggan, dan dalam tempoh yang mencabar ini, kami mahu memudahkan kesa-
linghubungan pelanggan dengan menggandakan kuota ‘hotspot’ mereka secara percuma.
“Ini bererti, pelanggan kami akan mempunyai lebih data untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan serumah sama ada untuk kegunaan semasa bekerja atau bersantai misalnya bagi penstriman filem dan permainan bersama-sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Para pelanggan yang mengambil pelan pascabayar bagi pakej tertentu juga menikmati percuma data ‘hotspot’ selain berkongsi kuota ‘hotspot’ tanpa perlu berada di rumah yang sama.– Bernama