Tuesday, May 28, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun

    ABU DHABI, 17 APRIL – Dalam peristiwa cuaca bersejarah,  Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

    Melepasi rekod sebelumnya sejak permulaan pengumpulan data pada 1949, hujan lebat menjejaskan banyak wilayah di seluruh negara itu.

    Pusat Meteorologi Kebangsaan mengesahkan bahawa rekod hujan yang berlaku di negara ini dalam tempoh 24 jam yang lalu sehingga 9 malam pada Selasa (16 April), adalah peristiwa luar biasa dalam sejarah iklim UAE sejak bermulanya rakaman data iklim. Dijangkakan bahawa jam-jam akan datang akan menyaksikan jumlah hujan yang lebih tinggi direkodkan.

    Pusat itu melaporkan hujan tertinggi setakat ini direkodkan di kawasan “Khatm Al Shakla” di Al Ain, mencecah 254mm dalam masa kurang daripada 24 jam.

    Hujan lebat ini adalah peristiwa luar biasa di UAE yang menyumbang kepada peningkatan purata hujan tahunan di UAE serta pengukuhan rizab air bawah tanah negara secara keseluruhan. – Bernama

    Sebuah SUV melalui genangan air di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Burung tropika dikesan di tasik tanah lembap utara China

    HOHOT, 27 MEI – Flamingo besar, yang biasanya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, baru-baru ini dikesan buat pertama kali di Tasik Ulan Suhai...