Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    UAE antara destinasi pelancongan terkemuka

    DUBAI, 2 JULAI – Walaupun kadar pertukaran wang asing tidak menentu dan tahap kemampuan berbeza-beza, keinginan untuk melancong tetap lebih kuat daripada sebelumnya dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat kesembilan antara destinasi yang paling sohor kini di dunia sepanjang 12 bulan lepas.

    Institut Ekonomi Mastercard telah mengetengahkan perubahan besar industri pelancongan dalam laporan Travel Trends 2024 terbaharunya, menunjukkan peningkatan ketara dalam perbelanjaan pelancongan dan pertumbuhan kukuh dalam trafik pengembara.

    Menurut agensi berita Emiriah (WAM), laporan global itu menyediakan pandangan menyeluruh mengenai landskap yang berkembang dalam industri pelancongan merentasi pelbagai pasaran.

    Bagi pelancong UAE, tiga destinasi paling sohor kini pada musim panas ini adalah London, Athens dan Paris. Secara global, Jepun menduduki tempat teratas dalam senarai destinasi sohor kini sepanjang tahun lepas, dengan Munich menduduki tempat teratas untuk musim panas ini (Jun-Ogos 2024) berikutan Kejohanan Eropah.

    Ketua ahli ekonomi EEMEA di Institut Ekonomi Mastercard, Natalia Lechmanova berkata, “Sektor pelancongan di Timur Tengah sangat kuat dan berdaya tahan, disokong oleh permintaan pengguna dan keinginan untuk meneroka destinasi yang lebih dekat sambil menikmati pengalaman yang tulen.

    “Adalah menggembirakan untuk melihat pelancong melanjutkan tempoh penginapan mereka, yang sangat positif untuk industri pelancongan secara keseluruhan, serta untuk kerajaan tempatan membina ekonomi yang pelbagai,” kata Lechmanova. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...