Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE buka semula sempadan kepada Qatar

    DUBAI, 8 JAN – Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan membuka semula sempadannya kepada Qatar mulai esok, kata agensi berita, menjadikannya negara pertama yang melakukannya selepas sekatan lebih tiga tahun.

    Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir pada Jun 2017 memutuskan hubungan udara, darat dan laut dengan Qatar berhubung dakwaan negara itu menyokong pejuang Islam dan terlalu rapat dengan Iran, dakwaan yang disangkal oleh Doha.

    Keempat-empat negara itu bersetuju untuk membatalkan sekatan pada sidang kemuncak pada Selasa di bandar Saudi Al-Ula, selepas beberapa aktiviti diplomatik oleh pentadbiran Presiden Donald Trump. – AFP

    Wartawan berbual tatkala video sebuah kapal terbang membawa Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani ditunjukkan di skrin semasa mendarat di lapangan terbang Al Ula pada 5 Januari 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda