Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    UAE gesa PBB segera tangani kebuluran di Sudan

    NEW YORK, 30 JUN – Dalam satu kenyataan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyeru supaya tindakan segera diambil bagi mengelakkan kebuluran di Sudan.

    UAE juga mengulangi sokongan kepada semua inisiatif yang bertujuan untuk mencapai gencatan senjata dan mengembalikan semula pemerintahan kerajaan orang awam di Sudan, termasuk secara rasmi menyeru semua pihak yang bermusuhan untuk menyertai dalam proses perbincangan di Jeddah, lapor agensi berita Emiriah (WAM).

    Di PBB, Perwakilan UAE memuji peranan Uganda dan pegawai utama Kesatuan Afrika (AU), termasuk pemimpin serantau, dalam usaha mereka untuk mengakhiri krisis itu.

    UAE telah menyokong seruan Majlis Keamanan dan Keselamatan AU kepada pemimpin puak bermusuhan untuk bertemu di bawah naungan AU dan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan mengenai Pembangunan tanpa sebarang penangguhan serta mengambil bahagian dalam proses perbincangan politik Sudan yang inklusif di Addis Ababa dari 10 Jun hingga 15 Julai.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di New York, Perwakilan UAE di PBB membuat seruan segera untuk mengatasi risiko kebuluran dan terus menekankan kepentingan membenarkan dan memudahkan laluan bantuan kemanusiaan yang segera, tanpa halangan dan berterusan untuk orang awam yang memerlukan.

    “Komuniti antarabangsa harus meningkatkan sokongan mereka kepada Sudan secara signifikan. Respons terhadap krisis ini terlalu penting untuk diteruskan daripada dilengah-lengahkan oleh puak-puak bermusuhan yang tidak mewakili kepentingan rakyat Sudan,” kata Perwakilan UAE.

    “UAE terus memberi tumpuan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa bagi mengurangkan risiko kebuluran dan menggalakkan pihak-pihak yang bersengketa untuk terlibat secara positif dalam satu proses politik.

    “Tambahan pula, UAE menyokong semua inisiatif yang bertujuan untuk mengakhiri konflik itu dan dengan yakin percaya bahawa rundingan damai harus disokong oleh semua yang ingin melihat penyelesaian damai kepada konflik berkenaan,” katanya. – Bernama

    Seorang wanita membawa buluh kering untuk membina tempat perlindungan dilihat berjalan melalui kem Tiamushro di Kadugli, negeri Kordofan Selatan, pada 18 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian...