Friday, August 23, 2024
23 C
Brunei

    -

    UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza

    ABU DHABI, 15 JULAI – Emiriah Arab Bersatu (UAE) segera menghantar tiga tan bekalan perubatan dan ubat-ubatan untuk menyokong sektor penjagaan kesihatan dan hospital di Semenanjung Gaza susulan perkembangan terkini di Khan Younis,  lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

    Ia sebagai reaksi terhadap rayuan daripada sektor kesihatan, termasuk Hospital Nasser di Khan Younis yang menekankan keadaan kekurangan ubat-ubatan. 

    Matlamatnya adalah untuk memastikan perkhidmatan perubatan terus diberikan kepada mereka yang cedera, pesakit dan penduduk kehilangan tempat tinggal.

    Bantuan perubatan itu termasuk bekalan perubatan penting untuk hospital yang menghadapi kekurangan, ubat untuk merawat pelbagai kecederaan, insulin untuk pesakit diabetes dan sumber lain untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan dalam situasi kritikal ini.

    UAE dengan kerjasama pelbagai hospital dan organisasi perubatan antara-bangsa menyasarkan untuk meningkatkan situasi penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza selepas ia merosot akibat konflik.

    Serangan Israel sejak 7 Oktober lepas menyebabkan puluhan hospital tidak berfungsi kerana musnah dan kekurangan ubat-ubatan serta bekalan perubatan yang mencukupi untuk terus memberikan perkhidmatan perubatan kepada pesakit dan mereka yang cedera di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Enam pekerja maut di tapak projek kereta api Yunnan

    KUNMING, 23 OGOS – Enam orang disahkan maut dalam satu kemalangan kren di tapak pembinaan jambatan landasan kereta api berkelajuan tinggi Chongqing-Kunming di wilayah...