Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE harap kem kembara pulih pelancongan tika pandemik

    EMIRIAH ARAB BERSATU – Negara syeikh paling utara di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berharap sebuah kem kembara baharu yang memperlihatkan ruangan luas terbukanya, udara segar dan puncak-puncak gunung yang berjauhan boleh membantu memulihkan industri pelancongannya di tengah-tengah pandemik koronavirus.

    Dan jika ianya tidak berhasil, ada jua aktiviti memakan pepijat, satu tanda pengembara British yang namanya menjadikan perjalanan tersebut sebagai tarikan.

    Ras al-Khaimah telah menjadi rakan kongsi dengan pengajar kelangsungan hidup Bear Grylls untuk menawarkan sebuah kem kembara kegiatan luar baharu di Jebel Jais, sebuah gunung yang mempunyai puncak tertinggi di negara yang kaya dengan minyak, UAE.

    Bekas anggota tentera Perkhidmatan Udara Khas menawarkan perkara-perkara yang boleh dilakukan dalam trek-trek yang disiarkan dalam televisyen ke kawasan yang tidak diketahui bersama seorang kru kamera yang mengikutinya.

    Jenaka pintar melalui aktiviti luarnya memberikan ‘rempah’ kepada perjalanan yang ditawarkan di Ras al-Khaimah, yang boleh berakhir untuk beberapa jam atau termasuk pengalaman penuh semalaman dengan perjalanan dalam kemahiran menggunakan pisau, mengikat tali dan makan jauh daripada norma dalam perkhidmatan bilik hotel atau percutian tepi pantai.

    Martin Norton, ketua pengajar Bear Grylls Survival Academy menuruni gunung berbatu. – AP
    Para pelancong cuba memakan ulat semasa ujian kelangsungan hidup di Jebel Rais. – AP

    Martin Norton, ketua pengajar Bear Grylls Survival Academy (dua kanan) menerangkan kepada para peserta bagaimana untuk bertindak balas jika mereka bersemuka dengan binatang buas semasa kursus ujian kelangsungan hidup di Jebel Rais, kira-kira 30km timur utara Ras al-Khaimah, Emiriah Arab Bersatu. – AP
    Martin Norton, ketua pengajar Bear Grylls Survival Academy, (tengah depan) mengetuai kumpulan tersebut semasa ujian kelangsungan hidup. – AP

    “Orang sekarang mahu ditempatkan di luar dari zon selesa mereka dan itulah apa yang kami cuba lakukan,” ketua pengajar Bear Grylls Survival Academy, Martin Norton memberitahu media.

    “Kami cuba untuk membawa semua orang untuk mencapai tahap tertinggi mereka di mana mereka merasa tidak selesa dan kami boleh mendorong mereka untuk mengatasinya. Orang kemudiannya percaya selepas perjalanan tersebut yang mereka lebih berkebolehan daripada apa yang mereka rasakan.”

    Para peserta di Jebel Jais turun dari lereng gunung dengan permukaan yang curam, sesetengahnya peserta mengerutkan muka dengan ulat-ulat kering, yang dirasakan kepada salah seorang jurnalis seperti gandum pramasak yang kering sehingga seorang pengajar memberikan bantuan dengan memberitahu yang ia meninggalkan kesan rasa yang berpanjangan daripada yang disangka.

    Kem kembara Grylls telah bangkit di tempat kelahirannya United Kingdom, dan juga 10 lokasi di China. Kem Ras al-Khaimah menandakan yang julung kalinya di timur tengah di sebuah gunung yang juga merupakan rumah kepada sebuah istana pemerintah keturunan UAE, Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi.

    Ia tidak mengapa jika anda perlu memeriksa sebuah peta untuk mencari Ras al-Khaimah – atau ‘bahagian atas khemah’ dalam bahasa Arab. Negara tersebut sering kali menemukannya dibayangi oleh bangunan pencakar langit Dubai atau Abu Dhabi yang kaya dengan minyak, penjana UAE dalam persekutuan daripada tujuh tanah pemerintahan syeikh tersebut.

    Negara tersebut, dikenali dengan kilang seramik membawa nama RAK, telah ber-khidmat untuk meningkatkan pelancongan, menawarkan tempat tersebut sebagai destinasi kedua di UAE atau percutian singkat untuk berjuta-juta pekerja ekspatriat negara tersebut. Rusia, Kazakhstan dan negara lain dahulunya merupakan sebahagian daripada bekas Soviet Union mewakili sebahagian besar pelancong datang dari luar negara.

    Ras al-Khaimah dilaporkan telah mencapai 1.12 juta orang pelawat dalam tahun 2019.

    Tetapi pandemik koronavirus kemudiannya muncul telah menyaksikan penerbangan seluruh dunia diberhentikan sementara dan menjejaskan pasaran pelancongan UAE yang penting. Negara syeikh tersebut mencari pasaran yang menawarkan percutian untuk warga tempatan termasuk perjalanan ke tempat-tempat menarik tempatan, hanya untuk menjadikannya sasaran tabloid British pada Mei menerusi kolam renang yang penuh dan selesa sebuah hotel semasa bulan Ramadan.

    Udara yang segar, ruangan ketika mendaki menerusi batu-batuan dalam lembah atau lurah gunung, dan gaya sederhana kem Bear Grylls muncul untuk sekarang bagi menawarkan di sebaliknya. Terdapat pelan untuk mereka kabin tempat tidur untuk bermalam terbuat daripada kontena kapal penghantaran untuk tetamu. Sebuah kabin model berdiri dibuka, dengan katil tempat tidur papan lapis dan generator elektrik kecil kedengaran berbunyi berdekatan dengan lereng gunung.

    Ketua pegawai eksekutif RAK Hospitality Holding, Alison Grinnell, operator hotel milik kerajaan, memberitahu media yang para pelancong mahu ‘lari’ sama seperti yang ditawarkan oleh kem kembara baharu tersebut.

    “Kita tidak akan kembali semula 100 peratus kepada bagaimana kita sebelumnya,” kata Grinnell mengenai bagaimana pandemik telah merubah pelancongan. “Saya fikir orang ramai perlu membiasakan diri dengan ruang yang lebih.”

    Sekarang Ras al-Khaimah juga menawarkan ujian nasal-swab koronavirus secara percuma untuk pelancong antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ras al-Khaimah Tourism Development Authority, Raki Phillips.

    “Ianya sesuatu yang di subsidi oleh kerajaan Ras al-Khaimah bagi memastikan kami mengalu-alukan para pelancong, mereka tahu yang mereka dalam keadaan selamat dan kami akan menguruskan bebanan berkenan ke atas mereka,” ujar Phillips.

    Dia menambah, “Tidak terdapat cara yang mudah untuk melakukan penjarakan sosial berbanding untuk berada di sebuah gunung.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda