Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE ketat import telur dari Belanda, bimbang pencemaran

    DUBAI, 8 Ogos – Susulan laporan terdapat pencemaran terhadap telur ayam dihasilkan Belanda, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam, mengeluarkan arahan mengetatkan kawalan import telur dari negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.

    Memetik laporan Gulf Times, arahan dikeluarkan Kementerian Perubahan Iklim dan Alam Sekitar UAE itu, untuk menjamin pasaran produk makanan dalam negara bebas daripada telur tercemar.

    Laporan pihak berkuasa Keselamatan Makanan dan Pengguna Belanda (NVWA) mengatakan telur dihasilkan negara itu tidak sesuai untuk penggunaan manusia kerana kandungan residu racun perosak (Fipronil) yang tinggi.

    Gambar fail pada 1 Ogos menunjukkan pembantu makmal Keselamatan Makanan dan Pengguna Belanda (NVWA), menyiasat telur selepas fipronil ditemui dalam sampel telur-telur. Banyak telur dari Belanda dicemari fipronil, sejenis racun serangga yang diharamkan, yang turut membimbangkan negara-negara Eropah sekitarnya dan juga negara Arab seperti UAE. – AFP

    Pada masa sama kementerian juga mengetatkan kawalan produk makanan lain demi keselamatan pengguna.

    Kementerian mengarahkan jabatan berkaitan tidak mengeluarkan permit mengimport telur dari Belanda yang mempunyai kod 28 sebagaimana tersenarai di laman web NVWA.

    Kod berkenaan dicetak pada kulit telur.

    Pengguna UAE menggunakan hampir dua bilion telur setahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda