Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE paling ramai menggaji warga India

    EMIRIAH ARAB BERSATU, 13 OGOS – Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara yang menggaji warga India, Menteri Negara Hal Ehwal Luar, V Muraleedharan, memberitahu Lok Sabha, iaitu Dewan Parlimen India.

    Bilangan warga India yang bekerja di UAE kini mencecah 3.55 juta, lapor agensi berita Emiriah (WAM).

    Jumlah itu meningkat daripada 3.41 juta sebelumnya, menjadikan UAE destinasi paling popular bagi kaum India yang mencari pekerjaan di luar negara. Muraleedharan juga menyatakan bahawa lima negara Teluk – UAE, Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Oman adalah destinasi utama yang menyediakan pekerjaan untuk masyarakat India, dengan jumlah kolektif 7.93 juta orang. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda