UAE: penerima vaksin Sinopharm perlu suntikan ketiga

DUBAI, 29 OGOS – Ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini memerintahkan semua penduduk yang menerima vaksin Sinopharm koronavirus yang disokong oleh negara China lebih dari enam bulan yang lalu untuk mendapatkan suntikan ‘booster’ bermula 20 September, dan menambah bahawa penerima vaksin lain tidak memerlukan dos ketiga.

UAE menjadi negara pertama di dunia yang secara rasmi menawarkan suntikan booster awal tahun ini, berikutan laporan penerima vaksin Sinopharm mahukan suntikan ketiga di tengah kebimbangan mengenai tindak balas antibodi yang tidak mencukupi.

Abu Dhabi, yang mengenakan beberapa larangan vaksin yang paling ketat di rantau itu pada musim panas ini, mengatakan bahawa mereka yang menerima dua dos Sinopharm tidak lagi dapat mengakses tempat-tempat seperti pusat membeli-belah, sekolah dan gimnasium tanpa dos ketiga.

Peraturan baharu menambah banyak persoalan mengenai perlindungan koronavirus yang ditawarkan oleh vaksin Sinpoharm China. Selain dari bilangan keberkesanan asas, pengeluar China telah mengeluarkan sedikit data umum mengenai vaksinnya, yang menimbulkan kritikan kerana ketelusannya.

UAE antara negara per kapita terpantas memvaksin penduduknya di dunia.

Pada mulanya, Abu Dhabi secara eksklusif menggunakan Sinopharm, tetapi dalam beberapa bulan terakhir mulai menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech. Di seluruh negara, majoriti pekerja bergaji rendah dari Afrika, Asia Tenggara dan Timur Tengah yang menggerakkan ekonomi UAE menerima vaksin Sinopharm ketika negara itu menuju ke pemulihan semula dengan pantas.

Jangkitan di UAE secara beransur-ansur menurun tetapi jumlah kes baharu setiap hari masih meningkat sekitar 1,000 kes sehari, jauh berbanding tahun lalu, walaupun lebih dari 75 peratus penduduk negara itu telah menerima dua dos vaksin. – AP

Penduduk UAE yang menerima vaksin sinopharm lebih dari enam bulan yang lalu perlu mendapatkan suntikan ‘booster’ bermula 20 September. – AFP