Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    UAE peruntuk AS$7 juta tangani kebuluran di Sudan

    DUBAI, 1 SEPT – Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menandatangani perjanjian dengan UNICEF untuk memperuntukkan AS$7 juta bagi menyediakan bantuan makanan kecemasan berikutan krisis di Sudan, lapor Sputnik.

    Menurut agensi berita Emirates, daripada jumlah itu, AS$6 juta diperuntukkan untuk Sudan dan AS$1 juta untuk Sudan Selatan.

    Kira-kira 17.7 juta orang di Sudan dan 7.1 juta orang di Sudan Selatan menghadapi masalah kekurangan makanan.

    Terdahulu, Kementerian Luar UAE berkata negara itu telah menyalurkan 70 peratus daripada komitmen AS$100 juta yang dijanjikan semasa persidangan antarabangsa pada April lepas untuk membantu Sudan dan negara jiran.

    Selain daripada Program Makanan Sedunia (WFP), dana itu juga disalurkan kepada Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (OCHA), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO).

    Sejak 15 April 2023, Sudan berdepan krisis akibat pertempuran antara angkatan tentera negara itu dan Rapid Response Force (RRF) yang diketuai Mohamed Hamdan Daglo.

    Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menyatakan bahawa pertempuran berterusan di negara itu boleh mengakibatkan wabak penyakit dan sistem penjagaan kesihatan lumpuh yang boleh membawa maut.

    Menurut PBB, lebih 8.2 juta orang di Sudan telah meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran itu dengan kira-kira 1.7 juta orang telah melarikan diri ke negara jiran.

    Menteri Kesihatan Sudan Haysam Mohammed Ibrahim memberitahu Sputnik bahawa lebih 13,000 orang telah terbunuh dan lebih 30,000 lagi cedera dalam tempoh setahun konflik bersenjata di negara itu. – Bernama

    Orang ramai berbaris untuk mendaftar bagi penghantaran bantuan makanan yang berpotensi di kem untuk orang pelarian dalaman (IDP) di Agari, Kordofan Selatan, Sudan pada 17 Jun lalu. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Lebih 400 juta kanak-kanak terjejas akibat kemiskinan – UNICEF

    GENEVA, 21 NOV – Seramai 417 juta kanak-kanak di...

    Hutan walnut semula jadi terbesar dunia berdepan ancaman kepupusan

    ARSLANBAP, KYRGYZSTAN - Mengharungi daun keemasan yang gugur, penduduk...

    15 ahli PGGMB terima bantuan kebajikan

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV -...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...