Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE pintas peluru berpandu pemberontak Yaman

    DUBAI, 31 JAN – Emiriah Arab Bersatu (UAE) menembak jatuh peluru berpandu balistik yang dilepaskan oleh pemberontak Huthi Yaman semasa lawatan presiden Israel kelmarin, serangan terbaharu yang menggegarkan hab kewangan Timur Tengah itu.

    Tiada siapa yang cedera dalam serangan awal pagi itu, yang ketiga dalam minggu berturut-turut ke atas negara Teluk yang kaya itu yang merupakan sebahagian daripada pakatan diketuai Arab Saudi yang memerangi pemberontak Yaman yang disokong Iran.

    “Pasukan pertahanan udara memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh kumpulan pengganas Huthi di UAE,” kata kementerian itu, menurut agensi berita rasmi WAM.

    Ia berkata serpihan peluru berpandu itu jatuh “di luar kawasan penduduk”, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Kementerian berkata ia bertindak balas dengan memusnahkan tapak pelancaran peluru berpandu di wilayah Al-Jawf utara Yaman, mengeluarkan rakaman hitam-putih letupan itu.

    Peluru berpandu terbaharu pemberontak itu ditembak ketika Isaac Herzog membuat lawatan pertama ke UAE oleh seorang presiden Israel, selepas negara-negara itu menjalin hubungan diplomatik di bawah Perjanjian Abraham 2020. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda