Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

UAE raih pendapatan pelancong AS$5 bilion

-

DUBAI, 11 SEPT – Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencatat hasil pendapatan pelancong melebihi AS$5 bilion dalam separuh tahun pertama tahun ini, menurut pegawai hari ini, dengan prestasi kukuh dijangka dicatat pada musim sejuk ini apabila Qatar menganjur perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Kadar penginapan hotel meningkat lebih 40 peratus, kata perdana menteri UAE dan pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum selepas mesyuarat kabinet di ibu negara Abu Dhabi.

“Pendapatan sektor pelancongan kami melebihi 19 bilion dirham (AS$5.2 bilion) dalam separuh tahun pertama 2022,” kata Sheikh Mohammed, menurut agensi berita WAM.

“Jumlah penginap hotel mencecah 12 juta, mencatat pertumbuhan 42 peratus, dan kami menjangka prestasi pelancongan yang kukuh pada musim sejuk ini.”

Dubai, destinasi percutian yang terkenal, menjangka menganjurkan sejumlah besar peminat bola sepak semasa perlawanan Piala Dunia pada November dan Disember disebabkan kekurangan tempat penginapan di Qatar.

Dubai adalah salah sebuah bandar di Teluk yang mengendalikan penerbangan harian ke dan dari Qatar semasa Piala Dunia, membenarkan peminat tinggal di luar negara kaya itu sementara masih boleh menghadiri perlawanan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -