DUBAI, 28 Dis – Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah lama menarik pekerja asing dengan gaya hidup yang bebas cukai, merancang untuk mengenakan cukai 5 peratus pada tahun hadapan bagi kebanyakan barangan dan perkhidmatan untuk meningkatkan sumber pendapatan selepas kejatuhan harga minyak pada tiga tahun lalu.
Cukai nilai tambah atau VAT akan dikenakan terhadap pelbagai barangan seperti makanan, pakaian, elektronik, petrol, telefon, air dan bil elektrik serta tempahan hotel. Eldo Ngobe, 23 tahun, pelajar berkelulusan kolej yang mencari pekerjaan di Dubai, mengatakan dia merancang untuk membuat pembelian khusus sebelum kenaikan harga pada tahun hadapan: “Mekap, kerana saya tidak boleh hidup tanpa mekap. Saya takut kerana semuanya sudahpun mahal di Dubai. Faktanya, pertambahan sebanyak 5 peratus adalah gila.”
Namun, terdapat pengecualian terhadap kos besar seperti sewa, jualan hartanah, ubat-ubatan tertentu, tiket penerbangan dan sekolah tuisyen.
Akan tetapi, pendidikan tertinggi akan dikenakan cukai di UAE, kos tambahan yang terpaksa dibayar oleh ibu-bapa terhadap sekolah untuk pakaian seragam, buku, yuran bas sekolah dan makan tengah hari turut dikenakan cukai, termasuklah kos broker hartanah, kos untuk penyewa dan pembeli.
Negara-negara Teluk lain turut dijangka akan melaksanakan skim VAT dalam beberapa tahun akan datang.
Kedai-kedai, gimnasium dan peruncit lain akan cuba memanfaatkan hari-hari bebas cukai di Arab Saudi dan UAE, menggalakkan pembeli untuk menyimpan bekalan sebelum VAT dilancarkan pada 1 Januari 2018. Meskipun dengan kadar pertambahan lima peratus dalam harga, kadar cukai jauh lebih rendah berbanding kadar purata VAT sebanyak 20 peratus di sesetengah negara Eropah. – AP