Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE umum misi ke lingkaran asteroid

    DUBAI, 30 MEI – Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin melancarkan rancangan untuk menghantar sebuah kapal angkasa untuk meneroka lingkaran asteroid utama sistem suria, projek angkasa lepas terbaharu oleh negara yang kaya dengan minyak itu selepas ia melancarkan kapal angkasa Hope yang berjaya ke Marikh pada 2020.

    Dikenali sebagai Misi Emirates ke Lingkaran Asteroid, projek itu bertujuan untuk membangunkan kapal angkasa pada tahun-tahun akan datang dan kemudian melancarkannya pada 2028 untuk mengkaji pelbagai asteroid.

    “Misi ini adalah misi susulan dan lanjutan kepada misi Marikh, di mana ia merupakan misi pertama ke Marikh dari rantau ini,” kata Mohsen Al Awadhi, pengarah program Misi Emirates ke Lingkaran Asteroid.

    “Kami mencipta perkara yang sama dengan misi ini. Iaitu, misi pertama yang pernah meneroka tujuh asteroid ini secara khusus dan yang pertama seumpamanya apabila ia dilihat dari aspek yang lebih besar.” – AP

    Mohsen Al Awadhi (kanan), dan Hoor Al Maazmi UAE, penyelidik sains angkasa, mengambil bahagian pada sidang akhbar mendedahkan berita terkini mengenai Misi Emirates ke Lingkaran Asteroid, di Dubai, UAE, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda